Polis tahan pemimpin pembangkang India dalam protes di luar kediaman PM Modi

22 Jul 2026 - 10:09am

NEW DELHI, 22 Julai. - Polis pada Selasa menahan pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi kerana mengadakan protes di luar kediaman Perdana Menteri Narendra Modi.

Rahul ditahan di lokasi kejadian bersama adiknya yang juga Ahli Parlimen, Priyanka Gandhi, serta beberapa anggota Parti Kongres yang mengadakan protes membantah tindakan keras polis Delhi terhadap perhimpunan pelajar pada Isnin. 

Parti Kongres menyatakan sokongan terhadap kempen yang berlangsung selama beberapa minggu bagi menuntut pembaharuan dalam sektor pendidikan serta peletakan jawatan menteri pendidikan berhubung kebocoran kertas peperiksaan kemasukan peringkat kebangsaan.

Pada Isnin, polis berdepan dengan ribuan penunjuk perasaan yang berarak menuju ke bangunan Parlimen. - ©BERNAMA