Saham Republik Rakyat China ditutup lebih tinggi pada Isnin

31 Og 2026 - 9:14am

BEIJING, 31 Ogos. - Saham-saham Republik Rakyat China ditutup lebih tinggi pada Isnin, dengan indeks penanda aras Shanghai Composite meningkat 0.86 peratus kepada 3,986.30 mata.

Indeks Shenzhen Component pula ditutup 0.44 peratus lebih tinggi pada 14,015.00 mata.

Jumlah nilai dagangan saham yang merangkumi kedua-dua indeks berkenaan mencecah kira-kira 2.13 trilion yuan (sekitar USD314 bilion), meningkat berbanding 2.1 trilion yuan pada hari dagangan sebelumnya.

Saham-saham dalam sektor drama pendek dan penerbitan filem, ‘liquid-cooled servers’, elektronik pengguna serta penyewaan kuasa pengkomputeran mencatatkan peningkatan tertinggi. Sementara itu sektor logam berharga, peralatan fotovoltaik, farmaseutikal inovatif dan pertanian antara yang mencatatkan penurunan terbesar.

Indeks ChiNext, yang menjejaki prestasi papan perusahaan pertumbuhan Republik Rakyat China yang seumpama Nasdaq, meningkat 0.42 peratus untuk ditutup pada 3,438.68 mata pada Isnin.

STAR Composite Index, yang mencerminkan prestasi saham di papan inovasi sains dan teknologi Republik Rakyat China, ditutup 1.90 peratus lebih tinggi pada 1,979.75 mata. - ©XINHUA